Assalamualaikum dan salam 1Malaysia!!!
Fuh...pagi ni saya terpanggil untuk buat search di google untuk mengetahui TSHIRT TERMAHAL di dunia (menurut laporan lah..). Agak-agaknya lah berapa yang anda sanggup bayar untuk sehelai Tshirt? RM100, RM1000 atau RM10,000?
Tapi, ini sesuatu yang menarik........sanggup tak anda bayar sehingga $400,000 (saya anggap ianya dalam USD...jadi maknanya lebih kurang RM1.4M). Agak2 kalau pakai tu rasanya macamana ye?
Artikel ni saya dapat dari website ini (KLIK JE), mungkin diterjemah lebih kurang untuk dikongsi dengan anda...
Sekali pandang, entah apa yang buat Tshirt ni mahal sangat.... Designnya biasa2 saja. Tapi bila mengamati deskripsinya......Memang patutpun MAHAL!!!
Antara kandungan deskripsi tentang Tshirt ini :
Mula diperkenalkan Januari 2012, di reka di London oleh Superlative Luxury di mana ia dicipta menggunakan sumber yang boleh diperbaharui seperti Solar dan kuasa angin iaitu hampir 100% pengeluarannya tiada CO2 berbanding dengan kilang pengeluaran Tshirt secara tradisional.
Ciri-ciri Tshirt keluaran Superlative Luxury termahal ini di mana corak sphericalnya dihiasi dengan 16 butir berlian ; 8 butir intan tersebut dengan setiap satunya 1ct adalah berlian putih sementara 8 lagi adalah berlian hitam yang jarang-jarang atau paling sukar ditemui, setiap satunya melebihi 1ct.
Siapalah agaknya pemiliknya ye?????